Catatan Popular

Khamis, 13 Disember 2012

ASSALAMUALAIKUM..ADIK-ADIK SAYA INGIN BERCAKAP KEPADA ADIK-ADIK YANG INGIN AMBIL PEPERIKSAAN UPSR PADA TAHUN DEPAN..JANGAN TULIS DALAM PERKATAAN RINGKAS/SMS KETIKA HENDAK MENJAWAB DALAMPEPERIKSAAN PENULISAN NANTI ADIK-ADIK DAPAT MARKAH 0% OK BERHATI-HATI KETIKA HENDAK MENJAWAB PEPERIKSAAN NANTI...ASSALAMUALAIKUM..

Sabtu, 21 April 2012

Ciri- ciri pelajar cemerlang

Ciri- ciri pelajar cemerlang 1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri. 2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar. 3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru. 4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan. 5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian. 6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi. 7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah 8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. 9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. 10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. 11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. 12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. 13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. 14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. 15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. 16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. 17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. 18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. 19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi. 20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri. 21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. 22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan. 23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran. 24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. 25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar. 26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar . Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. 27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. 28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan. 29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan. 30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan. 31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing. 32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar. 33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang. INSYAALLAH, KEJAYAAN BERSAMA KITA DENGAN RAHMATNYA

Rabu, 7 Mac 2012

DRAF NILAI MURNI YANG AMAT BERMANFAAT...


Petikan Positif


Daripada petikan, (siapa) (nilai murni ) kerana ( huraian ). ( Siapa ) juga ( nilai murni ) kerana ( huraian ). Selain itu, (siapa ) ( nilai murni ) kerana ( huraian ). Akhirnya, ( siapa ) ( nilai murni ) kerana (apa ).



Petikan Negatif


Daripada petikan, (siapa) patutlah (nilai murni ) kerana ( huraian ). ( Siapa ) juga patutlah ( nilai murni ) kerana ( huraian ). Selain itu, (siapa ) patutlah ( nilai murni ) kerana ( huraian ). Akhirnya, ( siapa ) patutlah ( nilai murni ) kerana (apa ).



NOTA PENTING : PATUTLAH / HARUSLAH / HENDAKLAH / PERLULAH / WAJARLAH / MESTILAH


perkataan menjaga boleh digantikan dengan perkataan mementingkan / mengutamakan

Selasa, 10 Januari 2012

nilai-nilai murni

Nilai-Nilai Murni

Zaman sekarang, orang selalu menyebut "nilai-nilai murni". Contohnya: keadilan, kebenaran, kejujuran, kasih sayang, kesederhanaan, ketelusan, kebajikan dan lain-lain.

Nilai-nilai murni ialah sebahagian dari nilai-nilai yang terkandung dalam sistem hidup Islam. Nilai-nilai murni menurut Islam ialah bersifat kemanusiaan dan sejagat. Maksudnya, dikehendaki oleh semua manusia dan tiada sebarang diskriminasi. Contoh: Jujur terhadap semua manusia tanpa mengira agama atau latar-belakang keturunan. Justeru, larangan mencuri, bukan sahaja terhadap harta muslim atau harta orang Melayu atau harta orang kampung tetapi terhadap harta sesiapa sahaja. Sebab, semua manusia mengharapkan kejujuran.

Nilai-nilai murni dalam sistem Islam diistilahkan sebagai sistem akhlaq. Ia mesti dihayati oleh setiap manusia sesama mereka dan terhadap semua makhluk. Apatah lagi terhadap Allah.

Bagaimana kita sebagai seorang muslim menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian? Sepatutnya ia wajib, dijadikan amalan cara hidup kita. Amalan ini bukan terbatas dalam ibadah fardu tetapi seluruh cara, tindakan dan perbuatan seperti dalam pergaulan, munakahat, muamalat dan berkeluarga.
Share this topic on Facebook

Khamis, 15 September 2011

Nilai Murni Dan Pelajaran..

CONTOH-CONTOH CARA MENULIS NILAI MURNI / PENGAJARAN
1. Hormat-menghormati

Kita mesti hormat dan taat kepada ibu bapa / guru / orang yang lebih tua.


2. Tolong-menolong / bantu-membantu

Kita perlu membantu ibu bapa meringankan beban rnereka

Kita perlu membantu murid-murid / adik yang lemah dalam pelaiaran.

Kita perlu membantu orang yang menghadapi kesusahan/ bermasalah.


3. Bertanggungjawab

Kita mesti bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas/ rumah / alam sekitar kita.
Kita mesti bertanggungjawab menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Kita mesti menjadi seorang anak / murid yang bertanggungjawab.


4. Menjaga kebersihan

Kita mesti sentiasa menjaga kebersihan rumah / sekolah / tempat tinggal / diri sendiri


5. Menjaga kesihatan

Kita mesti sentiasa menjaga kesihatan diri dengan makan makanan berkhasiat


6. Mendengar nasihat

Kita mesti mendengar nasihat guru / ibu bapa / orang lain.


7. Hemah tinggi

Kita mesti bergaul mesra dengan semua orang.

Kita mesti berbudi bahasa dalam pergaulan.

Kita mesti mengakui kesalahan diri serta sanggup berubah.


8. Kasih sayang

Kita mesti bersikap sayangkan diri sendiri / orang lain.

Kita mesti bangga dan taat setia kepada negara.


9. Baik hati

Kita mesti bersikap belas kasihan terhadap kesusahan orang lain.

Kita mesti bertimbang rasa terhadap kesusahan orang lain.

Kita mesti bermurah hati memberi bantuan kepada orang lain.

Kita mesti saling faham-memahami antara satu dengan yang lain.

Kita sanggup meminta dan memberi maaf kepada orang lain.


10. Keadilan

Kita mesti bersikap adil membuat sesuatu perkara.


11. Bersopan santun

Kita perlu bersopan santun kepada guru / ibu bapa / rakan/ orang yang lebih tua.


12. Menghargai masa

Kita mesti menghargai masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.


13. Berjimat-cermat

Kita perlu berjimat-cermat dengan wang / bekalan air / bekalan elektrik.


14. Rajin

Kita perlu rajin membaca untuk lulus dengan cemerlang.


15. Jujur

Kita perlu bersikap jujur melakukan sesuatu dengan tidak bercakap bohong.


16. Berhati-hati

Kita merti berhati-hati pada setiap masa / di jalan raya / semasa bekerja.


17. Kesyukuran

Kita perlu bersyukur dapat hidup dengan aman.

Kita perlu mengenang jasa ibu bapa / guru kita.


18. Bertolak ansur

Kita perlu bertolak ansur antara satu dengan yang lain.


19. Berterima kasih

Kita perlu mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan.


20. Kejiranan

Kita perlu bersikap kejiranan terhadap jiran tetangga.


21. Kesederhanaan

Kita perlu bersikap kesederhanaan pada setiap masa.


22. Berdisiplin

Kita mesti berdisiplin pada setiap masa.


23. Cinta akan negara

Kita perlu cinta akan negara dan bersyukur kerana negara kita aman damai.


24. Berani

Kita perlu bersikap berani menghadapi cabaran / masalah.


25. Mematuhi peraturan

Kita mesti mematuhi peraturan pada setiap masa.


26. Bekerjasama

Kita perlu sentiasa bekerjasama melakukan sesuatu kerja.


27. Berdikari

Kita mesti berdikari dan sanggup melakukan sesuatu tanpa mengharapkan bantuan orang lain.