Catatan Popular

Selasa, 10 Januari 2012

nilai-nilai murni

Nilai-Nilai Murni

Zaman sekarang, orang selalu menyebut "nilai-nilai murni". Contohnya: keadilan, kebenaran, kejujuran, kasih sayang, kesederhanaan, ketelusan, kebajikan dan lain-lain.

Nilai-nilai murni ialah sebahagian dari nilai-nilai yang terkandung dalam sistem hidup Islam. Nilai-nilai murni menurut Islam ialah bersifat kemanusiaan dan sejagat. Maksudnya, dikehendaki oleh semua manusia dan tiada sebarang diskriminasi. Contoh: Jujur terhadap semua manusia tanpa mengira agama atau latar-belakang keturunan. Justeru, larangan mencuri, bukan sahaja terhadap harta muslim atau harta orang Melayu atau harta orang kampung tetapi terhadap harta sesiapa sahaja. Sebab, semua manusia mengharapkan kejujuran.

Nilai-nilai murni dalam sistem Islam diistilahkan sebagai sistem akhlaq. Ia mesti dihayati oleh setiap manusia sesama mereka dan terhadap semua makhluk. Apatah lagi terhadap Allah.

Bagaimana kita sebagai seorang muslim menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian? Sepatutnya ia wajib, dijadikan amalan cara hidup kita. Amalan ini bukan terbatas dalam ibadah fardu tetapi seluruh cara, tindakan dan perbuatan seperti dalam pergaulan, munakahat, muamalat dan berkeluarga.
Share this topic on Facebook